Sunday 17 April 2011

APAKAH AKU MASIH MAMPU BAHAGIAKAN IBU KU?

Aku tak tahu kenapa aku rasa hari nih hati aku begitu cepat tersentuh ..
bermula dari pagi.. Aku nak balik UNISEL untuk daftar asrama dan ambil kunci..
Ummi cium dahi aku 2 x dan aku salam tgn umi 2x... umi cakap elok2 jalan.
Allah pelihara adik..semoga selamat pergi dan balik.. :) Masa tu aku masih blurr..
dan cam kelam kabut sbb dah lambat.jadi aku pun terus drive kereta.. Hati aku sangat tenang
lagi2 selepas" penghijrahan" ini. Sejuk dan aman. ada satu rasa yang tak dapat dirungkaikan seolah aku telah jumpa apa yang selama ini aku hilang !! Dan selepas ambil kunci dan kemas2 brg aku cepat2 balik. dan smpai aku dah terbawa 140km/j huhuhu.. sampai rumah aku keletihan aku tertidur dan bangun2 aku turun makan..Ummi cakap Ummi sakit dada tadi dan rasa cam nak masuk wad.. Mgkn perjalanan darah tak lanar pun boleh sbb Ummi bile tidur terkejut2..Aku sedih tapi aku tahu kalau aku nangis nanti ummi pun nangis.jadi aku tahan air mata aku..aku g dapur jerang air panas.. dan rebus telur.. (Ini cara rawatan tradisional cina) Aku kupas telur yg pnas2 lepas rebus..aku ltak dalam kain dan urapkan ke Ummi aku..kat dada.. Kat kaki .. Time tu aku rasa mmg nak nangis sgt sbb aku rasa.. selama ini Ummi salu rawat aku demam..salu jaga aku.. dan bila ummi sakit..aku hanya mampu bt nyh je... Ummi dah relax.. aku naik atas bilik.. Aku nangis puas2.. >< Aku sayang ummi aku.. dari kecil aku doa..biarlah aku mati dulu sebelum mereka sbb aku tak rela hidup tanpa mereka !!! Aku sayang sgt ummi .. tapi aku ada satu kelemahan..aku tak mampu lafazkan aku syg, rndu , cinta.. dari mulut aku sendiri..dari tulisan mgkn boleh.. tapi dalam hati aku.hanya TUHAN yang tahu betapa dalam nya kasih dan syg aku.. mmg aku tak pernah lafazkan perkataan sayang, cinta dan rndu dari mulut kalau aku btol2 syg sedalam hati sbb aku mmg jenis cam tu ..!! Ummi, adik nak jadi anak solehah..mampu kah adk jadi? Adik nak bantu Ummi ke syurga ..tp mampukah adik?? Ummi, adik syg ummi segenap jiwa raga dan Ummilah nyawa adik.. !! :)

Thursday 14 April 2011

Bila Si manja ku mula remaja dan beraksi Pelikss

Manja? Bukan anak aku eh.. sorry kit..lum ada anak ag..anak kucing adalah ..hehe itulah anak kucing aku yang dipanggil manja..nak wat camne anak sendiri tak ada..belalah anak kucing kan..hehehe ^-^ .. Dia ada keistimewaan antaranya ;

  • Dia ada kuku yang tajam yang boleh menembusi kulit dan daging manusia..
  • Gigi yang tajam.huwa.. luka2 bdn kita..
  • habit dia suka mencakar time kita tidur..dan gigit kita.
  • dia kuat makan..dan setiap 1 jam makan..hhu. abes boreh den kat umah..
  • dia ada sepasang mata biru tapi bila malam dan marah mata jadi merah..so aku dan umi aku salu cakap diia nyh menyeramkan =,= ....
  • Dia hanya nak tdur dgn aku je.. dan dia ckup kenal aku..smpai kan panjat tgakp bilik aku sbb nak msuk bilik aku..
  • Dia faham apa aku cuba cakapkan
  • Dia pandai pujuk bila aku nangis dan bila aku nangis..dia lap guna tangan dia..seb bek dia tak kuarkan kuku kalau tak calar balar muka aku..huwa..=,=
INILAH SI MANJA KU <3







SOAL JODOH? JOM BICARA TENTANG JODOH.ADA BANYAK TIPS DISINI

Biasa sangat kita dengar ayat ni kan.. Bila bercakap tentang jodoh memanglah ianya ketentuan Tuhan tapi kita kenalah juga mencari. Kriteria-kriteria bagaimana yang dimahukan selain dari 4 prinsip yang Rasulullah saw dah berikan iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan yang paling penting Agamanya. Ramai orang yang menambah lagi syarat-syarat dimana kononnya untuk lebih bersesuaian dengan selera mereka.
Adakalanya sebab yang mereka tak terima seseorang bukan kerana tak menepati 4 prinsip yang diatas tu tetapi oleh sebab ada kekurangan pada syarat-syarat tambahan. Kadangkala syarat-syarat tambahan tu kita nampak macam remeh sahaja. Contohnya ada wanita nakkan lelaki yang berkumis macam Dato K sebagai pasangan hidup dan ada pula lelaki yang tak suka wanita yang berkulit cerah. Lebih haru apabila syarat-syarat tambahan ni seolah-olah lebih diutamakan. Mereka-mereka ni dah bukan mencari jodoh tetapi mencari pasal!
Ada juga yang menjawab “Faktor-faktor tambahan seperti itu bukankah termasuk dalam kategori kecantikan. Cantik tu kan subjektif..” Mungkin boleh diterima alasan tu.. tetapi Rasulullah saw telah berikan kita kaedah terbaik untuk memilih, yang mana faktor Agama hendaklah diberi keutamaan. Perlu diingat kecantikkan rupa paras hanyalah bersifat sementara sahaja tetapi kecantikan peribadi yang lahir dari ketundukan kepada perintah agama itulah yang penting dalam menghidupkan kerukunan hidup berumahtangga. Kalau dah bersifat sementara bermakna ia tak kekal lama dan apabila tak kekal lama maka ia bersandar pada faktor yang rapuh. Oleh yang demikian, bila benih cinta cuba diletakkan pada faktor yang rapuh maka logiknya ia sukar untuk bertahan lama.
Peringatan ini untuk mereka-mereka yang terlalu cerewet memilih pasangan sehingga tiada satu pun yang berkenan di hati. Bagi sesetengah orang pula mereka memang memberi penekanan kepada soal agama dan langsung mengakui sukar untuk bertemu insan soleh atau solehah di zaman ini. Tak terkecuali mereka-mereka yang kurang mengamalkan ajaran islam tetapi jauh disudut hati tetap mahukan pasangan yang soleh atau solehah. Betulkah sukar nak temui insan sebegitu sekarang?
Bila difikirkan memanglah susah kalau nak menilai seseorang samada soleh/solehah atau tidak. Kalau yang perempuan, memanglah yang bertudung tu belum tentu solehah tetapi bila dah tak bertudung ternyata mereka melanggar salah satu suruhan Allah. Yang lelaki pula, apakah yang berketayap atau bersongkok itu satu jaminan mereka tu soleh. Tak jugakkan? Sememangnya jika asyik nak menilai iman seseorang sampai bila pun tak selesai. Jadi apa penyelesaiannya?
Beginilah.. dari sibuk menilai orang adalah lebih baik mereka-mereka ni menilai diri sendiri. Banyak perkara dalam dunia ni berkonsep “what you give you get back” jadi sebelum bertemu insan soleh/solehah tu ubah-ubahlah diri sendiri dahulu dengan banyak beramal soleh. Insya_Allah lelaki yang baik untuk wanita yang baik dan begitulah sebaliknya. Sekurang-kurangnya jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan insan yang tak berapa soleh tu bolehlah mereka bimbing kerana tak semua yang kita nak tu Tuhan beri serta merta. Dia tahu apa yang terbaik buat kita, yang penting kita yang dekat dunia ni sentiasa laksanakan tanggungjawab sebagai hamba-Nya…
Masih rasa sukar nak mencari Jodoh..?

DISINI ADA DOA UNTUK CEPAT JODOH SELAIN ITU ANDA JUGA BOLEH MENGAMALKAN SELALU MEMBACA SURAH AL MUMTAHANAH.


Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadith Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadith ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa tujuan berumahtangga?
“Begin with the end in mind“, adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, “aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku”
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara? Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana [1] kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
“Maka pilihlah yang memiliki agama… nescaya sejahtera hidupmu”, pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
“Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!”, kata seorang pelajar ‘bidang bukan agama’.
PENYAKIT “TIDAK JELAS”
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar [2] menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit “tidak jelas”, apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred ‘A’ yang digarap dalam subjek “PengeTAHUan Agama Islam” menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
“Yang memiliki agama” itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal
MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan “jenama TAHU agama” tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang ‘teachable“.
HANYA ‘BERAGAMA’?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.


JADI PILIH LAH YANG BERAGAMA, BERAKHLAK DAN DIA ADA ILMU UKHRAWI .. INGAT, PERKAHWINAN BUKAN SATU PERMAINAN TETAPI ITU LAH YANG AKAN MENUNJUKKAN SAMA ADA SYURGA ATAU NERAKA KITA TUJU..WALLAHUALAM.. BERFIKIRLAH GUNA AKAL DAN IMAN BUKAN HATI DAN NAFSU SEMATA !!

Monday 11 April 2011

Bayi itu anugerah Tuhan yang terindah

11 APRIL 2011

Abg Long saya selamat mendapat seorg bayi perempuan.. :P anak dia yang kedua..Damia Mar'iyah dilahirkan :) dan aku dah ada 3 anak buah lah kiranya ..hehehe anak aku bila lagi kan? siyes, tgok baby comel mmg trgn nak ada anak..rasa cam esok nak kahwin :P ...tp apakan daya lum ada rezeki nak kahwin dan ada anak... NAK KAHWIN MUDA LAH RASANYA ...hehehe.. tlg doakan ekkk... ^-^

NIYH LA PIC DAMIA MAR'IYAH.... <3



Nyh Pulak Gambar Kakak dia DARNIA ALYSHA :) 

Saturday 9 April 2011

Special words





Quotes from Me as Ex Lover :)

"  I was only hoping you'd remember me, i didnt think about
 
whether the memories might be painful to both of us"

" Saya hanya mampu berharap awak ingat akan saya , 

hingga saya tak ingat sama ada kenangan itu akan 

melukakan kita berdua sahaja..."


SAYA LEPASKAN PERASAAN INI DAN SAYA TAKKAN MINTA LEBIH, CINTAMU BUKAN DIRIKU LAGI DAN AKU HANYA HARAP KENANGAN KITA AKAN KEKAL.. TAPI BILA DIFIKIR BALIK, APALAH GUNA KENANGAN DI INGAT ANDAI HANYA MENYAKITKAN JADI LUPAKAN LAH KENANGAN DAN TERUSKAN HIDUP.. BINALAH KENANGAN YANG BARU... KU LEPASKAN CINTA INI AGAR KU LEBIH BAHAGIA DAN MEMILIKI CINTA SEJATI "






~REALITI KEHIDUPAN LEBIH DARI REMPAH RATUS 1001 ADABI ~

ALKISAHNYA BERMULA.................
Masa saya kecil, saya selalu tanya kenapa nama saya Siti Khadijah? masa itu umur baru 6 tahun jadi saya tanyalah sebab dalam fikiran saya yang msh kanak2 Siti Khadijah nama orang yang dah tua.. Rupa2 nya nama saya adalah sempena nama sahabat mak saya yang dahulu pernah berjiran dengan kami. seawal dalam perut saya dinamakan RABIATUL ADAWIYAH.. tetapi selepas sahabat mak saya meninggal, saya pun lahir jadi nama diberi atas tanda peringatan. 

Masa saya lahir (3 Mac), saya menghidap penyakit "sawan tangis" sampai kan hospital cepat2 suruh balik rumah..hehehe.. sebab bila saya nangis bayi lain nangis sekali..kesian nurse2 tu :) !! Saya juga ada ATHMA yang teruk.. saya asyik nangis je.. hinggakan semua org di kawasan rumah, saudara mara dan semua sahabat mak saya bila saya dah besar pun tanya.. "YANG NI KE ANAK U YANG KUAT NANGIS TU?? "hahahaha.. malunya.. :) ~saya memang selalu berkepit dengan mak saya je and then saya saya mula dibela oleh kawan mak saya kerana mak saya menemani ayah saya meneruskan perjuangan kerja. saya tinggal di kelantan bersama mak angkat saya dari umur beberapa bulan sampai setahun.. seterusnya dijaga oleh maktih saya.. nenek saya.. dan jiran tetangga.. so saya membesar di banyak tempat , keadaan, masyarakat dan pelbagai kasih sayang dan ragam manusia saya kenali di usia awal kanak2.

Dari kecil saya percaya akan keajaiban.. iaitu kuasa ALLAH yang mampu melakukan apa sahaja.. peristiwa pertama saya pernah lihat keajaiban ialah.. rumah kami siap dalam 1 hari..masa itu saya baru 3 tahun dan saya nampak orang berbaju2 putih berkopiah siapkan rumah kami ... dan hal kedua duit jatuh dari langit dan ada duit didalam selakan buku..  dulu kami hidup susah juga.. dan bukanlah terus hidup dalam keadaan sekarang ~!! Peristiwa ajaib yang saya alami seterusnya tgu saya akan cerita apabila saya dah meningkat remaja nanti..

Apabila kehidupan kewangan semua dalam keadaan stabil jadi saya selalu memiliki apa yang saya nak dan saya pula merupakan anak bongsu jadi agak "spoilt".. kalau dalam bahasa omputeh nya "SPOILT BRAT" iaitu terlalu dimanja.. sebenarnya saya bukan ignkan sangat sesuatu benda tapi saya suka bila dipuji dan disayangi.. saya rasa harta bukanlah segalanya dan kasih sayang adalah segalanya..itu adalah pemikiran saya masa kanak2..  Melalui zaman kanak2 yang agak complicated dalam pencarian diri dan saya kelihatan matang kerana lebih tinggi dari rakan2 yang lain.. bila beratur je mesti beratur belakang sekali.. ish3.. sangat2 tak suka..cam "galah" pula kan..hehehehe..

Zaman sekolah tadika saya? saya pernah tadika 1 hari je sebab saya hampir naik van yang tidak dikenali.. jadi saya tak boleh dah pergi tadika..  dan saya diberikan tutor sendirian di rumah cikgu tersebut..nama cikgu tu Cikgu Rafidah dan diajar ngaji Ustazah Yati.. :) Sangat rapat dan sampai sekarang masih berhubung.. 

Ketika sekolah rendah pula saya selalu dibuli dan disisihkan sebab saya merupakan anak dari darah campuran MELAYU dan CINA.. ayah saya seorang mualaf.. jadi anak2 melayu disekolah taknak kawan dengan saya ..dorang selalu ejek "ei, ayah kau makan babi".. "ei, cina pengotor..".. dan macam2 lagi.. jadi saya selalu menangis dan masa itu abang ngah saya masih sekolah dengan saya jadi dialah akan datang tolong.. hehehe :) tapi YANG BESTNYA.. dari darjah 1 sampai 3 ayah saya akan kendong saya kat belakang bila g sekolah.. dan....................(nantikan di episod seterusnya).. menarik atau tidak..? anda boleh komen..saya akan perbetulkan..terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca :) ^-^

Friday 8 April 2011


KAU TELAH PERGI

Mungkin aku yang salah
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Mungkin aku yang salah tak menjagamu
Memang aku tak mampu
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka
Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi
Kini kau telah terluka kau tak ingin lagi
Mencintaiku kerna ku menyakitimu
Kini kau bukan untuk diriku lagi
Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Thursday 7 April 2011

Bersyukur atau TIDAK? Gembira atau SEDIH? TERKEJUT atau TERUJA?

Pada 7 .04.2011 bersamaan Hari Khamis..... pada pukul 6 petang ~!!

Keputusan peperiksaan masa sesi 2/2010/2011 result sem 4 telah keluar...
Mula2 rasa cam biasa sebab tengok result sama macam semester lepas.. Masih kekal dalam takhta dekan iaitu atas dari 3.5 . Masuk sem nih kira nya dari sem 1 hingga sekarang masih kekal..bersyukur sangat :) cuma sem nyh berlainan !! tahu apa yg lain?? di sebalik keputusan ni dan sepanjang semester ni macam2 dugaan terpaksa ditempuhi dan macam2 kisah tercipta ^-^ sukaduka..pahit..derita..tangisan..makian..cacian..fitnah dan bermcam lagi perasaan.. Sakit dan sakit dan sakit.. pergi klinik lebih 10x.. 

Sehari sebelum final exam saya menangis teruk, tahu kekasih curang untuk kali ke berapa dah, tibe2 dia buang kita macam tuh dan macam2 penipuan serta kekejaman... masa nak jawab paper arab, saya tinggalkan esei..sbb saya dah blank..malam sebelum tu nangis teruk sgt dan saya tertidur.. bangun2 dah pgi so tak study apa..!! wang ringgit berhabis untuk mengubati sakit dan untuk mendapatkan ilmu :) semua ini sangat berharga.. sebenarnya harga ilmu itu tidak ternilai dan lebih berharga dari emas atau wang ringgit !! Ditinggalkan kekasih , di fitnah orang sekeliling, masalah kewangan,  kesunyian, ketakutan , kehilangan diri dan arah tujuan hidup..hampir putus asa.. 

TAPI...! DOA SEORANG IBU itu menaikkan semula semangat dan SOKONGAN SAHABAT2 ..buat diri rasa makin KUAT... !! BANGUN KHADIJAH..MELANGKAHLAH..JGN PNDG BELAKANG.. !! (Betullah kata JANGAN PANDANG BELAKANG..BAHAYA....hehehe)... KEGAGALAN HIDUP DAN KESUSAHAN HIDUP BUKANLAH PENGHALANG KITA UNTUK BERJAYA..POKOK PANGKALNYA DIRI KITA..JIWA KITA KENA KUAT.. 


P/S: BAK KATA UMMI SAYA.." NAK JADI ORANG BERJAYA MMG SUSAH..NAK GAGAL SGT MUDAH DAN KALAU DAH GAGAL DAN TERUS NAK GAGAL ITULAH ORANG YANG PALING GAGAL DAN TAK KAN BERJAYA SELAMANYA.."




Exam Result for Semester November 2010
GPA: 3.71
CGPA: 3.73
Code
Course Title
Course Grade
Remarks
 EID1123
 PSIKOLOGI PENDIDIKAN
 A
 
 EID1143
 ULUM AL-QURAN
 B
 
 EID1163
 SENI KHAT
 A
 
 EID2213
 BAHASA ARAB III
 A
 
 EID3183
 KAUNSELING DALAM PENDIDIKAN ISLAM
 A
 
 ZEU1223
 PROFICIENCY ENGLISH II
 B
 
 ZPU1003
 PENGAJIAN NEGERI MAJU
 A
 

























 


Tuesday 5 April 2011

CERPEN YANG DITULIS KETIKA ZAMAN SEKOLAH : CAHAYA CINTA

Cerpen yang  ditulis ketika zaman sekolah..silalah beri pandangan anda dan apa penilaian anda setelah membaza cerpen ini .


Cinta itu mempunyai pelbagai definisi serta implikasi tapi bagi Nur Alisa cinta itu benar-benar ajaib dan benar-benar wujud andai ada dua hati yang ikhlas,jujur dan setia pada cinta sejati serta penuh dengan tanggungjawab dan keprihatinan.’Mummy, can we go there?’ Lamunan Lis termati dan suasana sejuk di negara matahari terbit ini terus menyentuh tubuhnya dan membuat dia dan jiwanya kembali ke bumi nyata,apabila anaknya bersuara. ‘Alright, come on’.Puteri nya,Mzatil Esfalis benar-benar menghiburkan hatinya dan dia merasakan Esfalis kurniaan tuhan yang terindah baginya. “Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku,untuk nmengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberian-Nya.”(Surah An-Naml: 40). Waktu ternyata berlalu dengan pantas malah anaknya juga kini sudah berusia 8 tahun dan dia juga pernah merasa menjadi kanak-kanak berumur 8 tahun tapi pengalaman nya tidaklah seindah dan semudah orang lain.Fikirannya terus mengimbau ke masa lalu.....

Tolong! Tolong! Jeritan itu sayup-sayup kedengaran memecah keheningan malam,Lis segera bangkit dari katil dan mencari dari mana datangnya suara itu. ‘Ya Allah,kakMariah!’jerit Lis apabila melihat Mariah hanya terbaring kaku di bawah rumah manakala abangnya,Ilyas tergesa-gesa melarikan diri dari situ tatkala Lis tiba di situ.Tak mungkin dan memang tak kan pernah Lis lupakan peristiwa itu.Saudaranya dirogol oleh abangnya sendiri dan dia pula tidak mampu berbuat apa-apa kerana dia hanyalah kanak-kanak berumur 8 tahun.Peristiwa itu sudah bertahun di tinggalkan dan setiap apa yang terjadi tak pernah dilupakan walau sedetik.Masa berlalu dengan cepat dan manusia juga pasti boleh berubah tapi bagi Lis biar masa,dunia,manusia dan segala ada dalam muka bumi ini berubah tapi dia tetap adalah diri dia dan dia simpan satu impian besar.Nur Alisa,kanak-kanak yang berumur 8 tahun dahulu kini sudah menjadi seorang gadis.Kecantikan yang di anugerah Tuhan benar-benar memukau mata sesiapa yang memandang dan sinaran mata yang menyimpan 1001 rahsia itu mampu meluluhkan hati mana-mana lelaki yang goyah iman nya atau terlalu memuja kecantikan. ....

.. ..

.. ..

‘Hai,nama saya Adam,siapa nama saudari?’ tegur lelaki berbaju t-shirt biasa dan berseluar jeans pada Lis.Lelaki itu sedang menempah saat kehancuran nya. ‘Saya Alisa.”pendek sahaja jawapan nya tapi di indahkan dengan pandangan mata Lis yang memandang tepat pada anak mata lelaki itu dan perkenalan itu berjalan lancar,hari seterusnya dirasakan indah dan dipenuhi dengan bunga-bunga cinta. ‘Awak,saya nak bertemu dengan keluarga awak boleh?’pertanyaan Adam nyata memeranjatkan Alisa. Mana mungkin dia membawa pulang lelaki ini berjumpa keluarganya kerana belum waktunya. ‘Adam,saya bukan taknak bawa awak jumpa keluarga saya tapi mereka semua sibuk dengan kerja.Harap awak faham sangat.’Adam diam dan nyata kekecewaan menyelubungi jiwanya.Masa terus berlalu dan Lis yakin dah sampai waktunya Adam menjadi nama yang harus tertulis di dalam buku catatan nya dan nombor ke 45 menjadi tempat Adam.Senyuman Lis meleret dan dia puas kerana dia berjaya merosakkan lagi hati lelaki.HAHA,cinta ? pergi mampus lah cinta semua ini,dalam dunia ini mana mungkin ada cinta ,kejujuran dan kasih sayang detik hati Lis.Gadis yang kelihatan tenang,peramah,periang,mudah didekati dan sangat bahagia ini nyata menyimpan dendam serta kebencian yang dalam di hatinya kepada insan bernama lelaki.....

.. ..

LAGI BUDAK BAWAH UMUR DIROGOL DAN MENJADI MANGSA SUMBANG MAHRAM.....

Berita utama itu menarik perhatian Lis dan dia melepaskan keluhan yang berat sehingga teman nya di sebelah menegur ‘Kenapa kau ini,Ada masalah ke? ‘Lelaki seolah dah tak ada perikemanusiaan dan hanya bertuhankan hawa nafsu,lihatlah budak kecil pun di hambatnya dan jadikan pelepas nafsu binatang mereka.’Lis lantang menyuarakan pendapatnya. ‘Kenapa mesti kita peduli,bukan nya saudara kau atau pun ada kaitan dengan kau,buat apa kau pening dan beremosi lebih untuk orang lain’jawapan teman nya itu nyata menambah api kemarahan dalam jiwanya. ‘Itulah yang aku marah sangat, semua lepas tangan dan tak membantu membela nasib orang- orang teraniaya.meskipun bukan kita yang kena tapi mereka pun manusia macam kita dan orang yang berbuat jahat haruslah mendapat pembalasan sepatutnya. Dunia ini seolah tiada lagi keadilan dan manusia pula terlalu penting diri malah menghina pula orang yang dirogol dan melemparkan kata-kata tohmahan yang menjijik kan. Itukah Kemasyarakatan?kemanusiaan?’ teman nya hanya mampu menggeleng dan berlalu kerana dia tahu Alisa bukanlah mudah di bawa berbincang,tak kan mengaku kalah dan susah untuk mempengaruhi mindanya malah sukar difahami.Lis mengeluh dan berharap sangat dapat memutarkan waktu untuk membela nasib kakak saudaranya yang kini sudah kembali ke rahmatullah. Apa yang menyebabkan Lis masih menderita ialah abangnya,Ilyas dan seorang lagi lelaki yang masih bebas dan tidak mendapat hukuman sepatutnya.Ada sesuatu yang Lis sembunyikan dan cuba lupakan,jelas ada yang menjadi beban dalam fikiran Lis.....

.. ..

‘Lis, kamu pergi pasar belikan mak bahan-bahan untuk masak petang ini dan beli sekali rempah’pesan ibu dan Lis terus ke pasar dengan segera kerana hari ini ada sedikit kenduri kesyukuran atas kejayaan Lis dalam Sijil Peperiksaan Malaysia.Petang itu ramai sahabat handai ibu dan ayah Lis hadir.Dari kejauhan kelihatan seorang jejaka asyik melihat kearah Lis dan Lis berasa tidak selesa.Lelaki itu menghampirinya dan menghulur salam perkenalan dan Lis terima sekadar untuk tidak mengecilkan hati lelaki itu dan sejak itu mereka semakin rapat ,banyak menghabiskan waktu bersama sebelum Lis melanjutkan pelajaran ke Universiti.Fazli,lelaki yang berjaya memiliki sekeping hati Lis kerana dia sangat baik pada Lis dan juga keluarga Lis dan dia tinggal berdekatan dengan kawasan rumah Lis juga tapi keindahan itu semua hanya sementara kerana kebahagiaan Lis di ragut pada hari ibu bapa Lis tiada dirumah kerana ada hal di kampung dan terpaksa pulang dengan segera. Fazli datang seperti biasa tapi hari itu dia kelihatan pelik dan seolah mabuk.Lis tidak mengizinkan Fazli masuk kerumah kerana tiada sesiapa selain dia tetapi Fazli nyata hilang kewarasan yang ada kini hanyalah jiwa yang dikuasai syaitan dan hawa nafsu, Lis menjadi mangsa kebinatangan Fazli dan sejak kejadian itu Fazli menghilangkan diri. Lis tidak memberitahu sesiapa tentang kejadian itu kerana dia takut dan taknak peristiwa yang sama berulang.Dia masih ingat ketika saudaranya,Kak Mariah beritahu kepada keluarganya kebenaran mereka tak dapat menerima malah merasa jijik pada diri dia.Selain itu dia tahu ibu dan ayahnya ada masalah jantung dan mereka pasti sedih dan kecewa sangat atas apa yang terjadi pada diri dia,biarlah penderitaan itu disimpan daripada menambah penderitaan ibu bapanya.Hati Lis terlalu terseksa kerana setiap malam dia mimpikan peristiwa yang telah meragut kesempurnaan insaninya,peristiwa itu benar- benar menghantuinya.Dia menyembunyikan segala kisah pahit itu dan terus menjalani hidup menghadapi masa depan,dia melanjutkan pelajaran ke Universiti. Kadangkala kerana nila setitik rosak susu sebelanga.Dia berjaya menamatkan kuliahnya dan mendapat segulung ijazah berkat kegigihan dia.Dia berjaya dalam pelajaran tapi dia tak memiliki cinta malah perasaan cinta itu juga telah mati bukan atas kehendak dia tapi keadaan dan masyarakat yang buat dia jadi begitu.Setiap kali ada lelaki cuba menghampirinya dan ingin berkenalan,dia teringat peristiwa lampau dan pernah dia mencuba memberi peluang pada seorang lelaki tetapi lelaki itu terus meninggalkan nya apabila mengetahui kebenaran malah ada yang cuba mengambil kesempatan.....

Sejak itu Lis tekad dan dalam hatinya kini hanyalah kebencian dan dendam yang membara ke atas lelaki.Mereka benar-benar menghancurkan hidupnya dan lelaki adalah perosak.Penyeksaan yang dia alami mana mungkin dibayar dan diganti melainkan orang yang sepatutnya mendapat pembalasan dan menderita lebih dari apa yang dia rasa,dendam bertahun-tahun itu dia pendam dan terusan mencari mangsa seterusnya untuk membalas dendam kesumatnya kepada lelaki. Tetapi dalam kebencian di hati Lis masih terselit jua perasaan belas kasihan dan kewarasan dalam berfikir,itulah gunanya ilmu yang selama ini dia pelajari.Masyarakat,persekitaran,keadaan dan kelemahan diri yang menjadikan dia seperti sekarang.Dia tak meminta untuk jadi begitu tetapi itu sudah menjadi suratan NYA. ‘Dan demikian itulah keadaaan hari-hari(dunia ini dengan peristiwa kemenangan atau keaklahan).kami gilirkan dia antara manusia (supaya menjadi pengajaran)(Surah Ali Imran :140) ....

.. ..

.. ..

Lis menyusuri jalan-jalan di Jalan Tunku Abdul Rahman untuk membeli belah.Minggu ini dia akan pulang ke rumah ibu dan ayahnya, kalau boleh ingin lah bawa pulang sedikit hadiah untuk mereka.Gerai-gerai pakaian di jelajahi dan dia telah jumpa apa yang dia mahu.’Huh,penatnya hari ini lebih baik aku singgah makan dan minum di kedai makan depan itu’bisik Lis. ‘Oi perempuan apa kau buat dekat sini?’ satu sapaan yang tak diundang kedengaran.Lis menoleh dan terkejut apabila melihat Adam.Lis diam dan terus menyuap makanan ke dalam mulut seolah tiada apa yang terjadi.Adam duduk di hadapan nya dan memandang dengan perasaan yang berbaur.Perempuan yang telah menghancurkan hatinya dahulu kini ada di depan matanya,dia ingin dapatkan perhitungan adil.’Apa kau nak hah?Banyak lagi kerusi lain boleh kau duduk.Aku tak kenal kau’Lis ucap dengan bersahaja. ‘Tak kenal aku? Baguslah,tetapi aku tak mungkin lupa kau perempuan lakhnat’ayat yang betul-betul bisa menampam telinga Lis. ‘What you said? You are the one go to hell. You can’t judge me because you just the same like others such a cruel and blind human.’Lis terus bangun dan beredar dari situ.Adam terdiam dan terkejut, dia dapat rasakan seolah Lis ada satu rahsia yang terpendam.Lis benar-benar rasa marah dan geram dengan kata-kata Adam tadi. Dia dapat rasakan Adam seperti berbeza dan seolah ada kesal di hati nya kerana menghancurkan hati Adam dahulu. ‘Huh, lelaki semua sama Nur Alisa jangan terpedaya’ pesan Lis kepada dirinya sendiri.Dia memandu pulang kerumah sewanya.Tiba-tiba di selekoh jalan keretanya terberhenti dan kelihatan ada kereta di belakang yang berhenti juga dan pemandu itu turun menuju kepada Lis. ‘Awak okay ?’pertanyaan dari jejaka itu benar-benar membuat Lis terpaku dan terkesima.Adam meninjau kereta Lis dan cuba lihat apa masalah kereta itu. ‘Awak ekori saya ye?kenapa? Saya boleh laporkan pada polis!’ Lis tidak puas hati dan berasa hairan dengan kehadiran lelaki itu ketika saat ini,bagaimana dia boleh berada di sini . ‘Cik Alisa, jalan raya ini bukan milik ayah awak dan merupakan untuk kegunaaan semua orang’ Adam taknak keadaan menjadi lebih tegang. ‘Memanglah bukan ayah saya punya tapi takkanlah kebetulan awak ada di sini’. ‘Memang bukan kebetulan,saya ekori awak tadi,puas hati?’.‘Gila, kereta saya dah lah rosak dan sekarang saya bersama orang gila pula.Apalah malang nasib saya hari ini’, Keluh Lis.Adam sekadar diam dan beberapa minit kemudian mekanik tiba dan Adam beredar. ....

.. ..

Benarlah sesungguhnya cinta itu tidak kenal siapa,waktu,tempat dan keadaan yang menjadi asas nya hanyalah dua hati yang jujur,ikhlas,kesetiaan,tanggungjawab serta cinta sejati. Hubungan Lis dan Adam semakin mesra dan mereka tahu mereka ada perasaan antara satu sama lain cuma Lis sahaja yang cuba mengelak dari bicara soal hati dan tidak memberikan peluang Adam untuk masuk ke dalam hatinya.Alisa mencintai Adam dan memang sangat mengharapkan cinta Adam tetapi ada sesuatu yang menghalang mereka untuk bersama,dia terpaksa membuat keputusan yang sukar kini demi kebahagiaan semua.Dia mengharapkan kebahagiaan juga seperti orang lain tetapi dia tahu selayaknya kebahagiaan itu menjadi milik perempuan lain,perempuan yang lebih sempurna dari diri dia dan mempunyai kehidupan yang normal bukan seperti dia.Alisa merasa dia dan Adam berbeza.Adam terlalu baik dan sempurna sebagai seorang lelaki manakala dia hanyalah gadis yang sudah kehilangan mahkota keagungan seorang perempuan.Dia telah memberitahu Adam segalanya dan Adam dapat menerima keadaannya itu tetapi dia merasa rendah diri dan masih ada dendam pada lelaki,adakah Adam sanggup menerima dia seikhlasnya hingga akhir hayat dan kalau boleh di syurga nanti jua dapat bersama.....

.. ..

Jodoh pertemuan dan perpisahan itu sudah di tentukan di SiratulMuntahah. Lelaki yang baru menjadi suaminya telah pergi meninggalkan nya seminggu selepas sah mereka diijab kabulkan, bukan kerana pengkhianatan tapi jodoh dan takdir telah menentukan waktu Adam Danial kembali ke hadrat ilahi telah tiba.Alisa tak mampu nak luahkan kesedihan yang dialaminya dengan kata-kata malah air matanya seolah tak mampu mengalir kerana dia rasa apakah kebahagiaan itu memang bukan milik dia seumur hidup di dunia ini dan dia tak dapat terima kenyataan yang Adam pergi meninggalkannya disaat pintu hatinya sudah terbuka untuk insan bernama lelaki.Peredaran waktu yang makin pantas membuat semua orang sudah melupakan peristiwa pahit itu tetapi bagi Alisa terlalu sukar untuk dilupakan. Seminggu selepas peristiwa itu,Alisa membawa diri ke Jepun bersama hati yang luka dan kecewa pada kehidupan. Bertahun lamanya dia menghilangkan diri dan cuba mencari kekuatan diri kembali dan kini dia kembali ke Malaysia,bukan berseorangan tetapi bersama gadis kecil yang sangat comel.Sebulan selepas berada di Jepun,Alisa disahkan hamil dan didalam perutnya ada benih Adam,cahaya suci yang di tinggalkan Adam. Kita tak dapat jangka perjalanan hidup ini dan hanya mampu percaya pada qada dan qadar NYA. “Musibah itu akan membukakan mata mereka kepada tang lebih besar.Sebab yang mereka lihta itu kecil berbanding musibah lain yang lebih besar.Kemudian mereka menerima bahawa itu smeua merupakan penebusan dosa dan kesalahan.sekaligus mendapat pahala dan ganjaran di sisi Allah.Jika manusia menyedari bahawa semua ini adalah hasil yang boleh dipetik dari musibah maka mereka akan menghadapinya dengan senang dan tenang”.Kata-kata itulah yang membuat Alisa kembali tegak dan Tuhan itu pasti takkan biar hamba Nya menderita seorangan tanpa ada hikmah NYA.....

.. ..

Benarlah jodoh itu sungguh ajaib,kadangkala apa yang kita harap dan apa yang kita taknak itu yang terjadi. ‘Sayang,kenapa termenung?’ Fazli memeluk isterinya dan merenung ke anak mata yang bersinar dan seakan ada air jernih bergenang.’Abang, Alisa harap kita dapat bersama sampai syurga.’ Fazli rasa malu sangat pada Alisa,dia meninggalkan kampung halaman setelah meragut kehormatan Alisa.Dia hanyut pada hasutan syaitan dan terpengaruh dengan arak. Apabila dia sedar dia rasa takut sangat dan dengan hati yang sarat dengan kekesalan dia meninggalkan kampung itu dan berhijrah ke daerah lain di mana tiada sesiapa mengenalinya. Kini Alisa telah menjadi miliknya yang sah.Mereka bertemu kembali ketika Alisa pulang dari Jepun lalu menaiki limosin KLIA manakala Fazli yang tergesa-gesa hendak mengejar waktu telah terlanggar limosin KLIA tersebut.Apabila Alisa Nampak Fazli berada di hadapan nya saat itu perkara pertama yang di lakukan adalah menampar wajah Fazli dengan sekuat hati hingga meninggalkan kesan merah dan bibir Fazli berdarah.Fazli terpana dan dari situlah segalanya bermula kembali dan Fazli sedar kesilapan nya selama ini lalu mereka berkahwin.Alisa,Fazli dan Mzatil Esfalis hidup bersama dan mereka merintangi segala pahit getir sebuah keluarga bersama.Cinta itu datang dan pergi,hidup juga begitu tiada yang abadi apa yang pasti hanya Ilahi yang hakiki.Dendam,kebencian dan permusuhan bukanlah jalan penyelesaian sesuatu masalah tetapi kedamaian dan kebaikan lah ubat segala keburukan serta kejahatan.....

.. ..

-------------------------------------------TAMAT---------------------------------------------------------------....

BERUBAH ATAU TIDAK? SUSAH SANGAT KAH?

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).
Tiba-tiba terfikir satu persoalan.
Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang peuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

JANGAN DITANGISI APA YANG BUKAN MILIK KITA !!


Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.

"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

Monday 4 April 2011

Berminat untuk jadi penderma organ? disini ada maklumat untuk anda!


Anda boleh muat turun dan cetak borang ikrar penderma di sini.(http://www.agiftoflife.gov.my/organdonor.htm) Isikan maklumat diri anda dan pilihan organ atau tisu yang hendak didermakan, nama waris serta tandatangan anda. Borang yang telah diisikan dan ditandatangani boleh dihantarkan ke Pusat Sumber Transplan Nasional di alamat atau di nombor fax seperti dibawah;

Alamat : Pusat Sumber Transplan Nasional
Hospital Kuala Lumpur
Jalan Pahang
50586 Kuala Lumpur
Nombor Faks: 03-26156269

Anda juga boleh berhubung dengan Pusat Sumber Transplan Nasional melalui talian toll free 1-800-88-9080 untuk mendapatkan borang pendaftaran. Kad Penderma akan dihantar kemudian dan perlu diisi dan ditandatangani. Kad ini mesti disimpan bersama anda dengan kad pengenalan anda setiap masa.
Anda perlu memberitahu keluarga tentang pendaftaran anda sebagai pengikrar penderma organ supaya niat murni anda akan tercapai kelak. Ia memudahkan keluarga anda untuk membenarkan pendermaan organ dan tisu anda bila tiba masanya nanti selepas kematian.
Mereka yang berumur dibawah 18 tahun perlu mendapat kebenaran bertulis daripada ibu-bapa atau penjaga untuk berdaftar sebagai pengikrar penderma organ.

Pendaftaran untuk menjadi pengikrar penderma organ tidak melibatkan sebarang pembayaran atau pemeriksaan kesihatan.

Mengapa Saya Ke Sekolah?? Khas untuk pelajar2 ku !

Bismillah
“Mengapa ya saya ke sekolah?”
“Kenapa kau pergi sekolah? Kan lebih baik kau ponteng, boleh pergi bersantai di kedai permainan video?”
Dua soalan yang biasa namun masih perlu kita jawab. Bukan jawapan kepada penyoal itu yang penting. Namun jawapan itu penting untuk diri kita yang menjawab.
Eh, kenapa pula? Sebab kita yang menjawab lah yang akan menentukan siapa kita untuk hari ini dan seterusnya.
Ada orang atau guru sering bertanya, ‘Apa cita-cita awak 10 tahun akan datang?’ Soalan yang ditanya ketika berumur 13 tahun. Umur bergelumang dunia bekerja adalah sekitar 23.
Ramai yang boleh menjawab dengan senang hati. Polis, tentera, cikgu, jurutera, doktor, arkitek dan seterusnya.
Jom pergi ke soalan mudah seterusnya, ‘Mengapa awak ke sekolah pada semalam dan hari berikutnya? Adakah sebab awak diminta ibu dan ayah? Atau sebab mahu pergi ke sekolah sebab mahu ikut orang lain yang ke sekolah? Atau sahaja mahu suka dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan?”
Untuk belajar lah, apalagi, takkan nak duduk rumah je menghabiskan beras dan lauk! Jawapan yang escapism. Kurang berfikir.
Guru bertanya kembali, ‘Sebab apa awak mahu bercita-cita menjadi seorang anggota polis? Awak pula doktor? Awak pula jurutera? Dan awak semua dengan cita-cita awak masing-masing?’ macam marah bunyi soalan guru tersebut, tapi soalannya makin kritikal.
Semua pelajar tadi terpinga-pinga. Diam seribu bahasa, tiada kata.
“Sebab saya mahu belajar sesuatu agar jadi orang berguna.” seorang pelajar cuba bangun menjawab dan memecah kesunyian.
“Untuk apa awak belajar? Dari umur 6 tahun hingga  17. Itu semua mengambil masa 12 tahun dari tadika hingga ke Tingkatan 5.”
“Tolong orang lain cikgu! Saya nak jadi polis supaya masyarakat saya tenteram dari sebarang jenayah.”
“Baiklah, sekarang ini, boleh jawab tak, siapa yang akan bantu awak untuk berjaya mencapai cita-cita awak semua tadi?”
“Cikgulah, siapa lagi?”
“Yakah begitu?”
“Satu orang pelajar sejak dia mula ke tadika hingga tamat ke tingkatan 5, sudah berapa ramai guru yang mendidik dia? Ramai tentunya! Namun antara pelajar ada juga yang memilih jalan jenayah, jalan susah menjadi perompak dan perogol serta penzina. Adakah cikgu yang ramai tadi yang membantu?”
Sekali lagi, semua diam. Sedang berfikir barangkali untuk jawapan seterusnya.
Namun terus diam, puas mencari jawapan.
“Baiklah, untuk akhir kelas pada hari ini, saya berpesan bahawa yang akan membantu diri awak dalam kebanyakan masa hidup awak bermula hari pertama persekolahan ini, adalah DIRI AWAK SENDIRI. Untuk membantu orang lain di masa kelak, awak terlebih dahulu wajib membantu diri sendiri agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa. Wassalam.”

HuKum Menderma Organ

 

Derma organ selamatkan nyawa

MENDERMA atau memberi sedekah sudah menjadi kebiasaan bagi masyarakat negara kita. Bagaimanapun, bila ditanya tentang menderma organ, ramai yang skeptikal lebih-lebih lagi di kalangan umat Islam.

Pelbagai persoalan bermain di fikiran terutama sama ada Islam benarkan atau tidak menderma organ? 

Antara sebabnya, pemindahan organ adalah satu kaedah rawatan yang tidak disebut secara spesifik di dalam al-Quran mahupun sunnah Rasulullah SAW.

Bagaimanapun, pada tahun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan mengharuskan pendermaan organ daripada penderma kadaverik (selepas mati) kepada penderma hidup. 

Wartawan MOHD. RADZI MOHD. ZIN dan jurufoto ZAKARIA IDRIS menemu bual Pakar Rujuk Pusat Sumber Transplan Nasional yang juga Pengarah Eksekutif Yayasan Ilmuwan, Shaikh Mohd. Saifuddeen Shaikh Mohd. Salleh bagi mengupas isu ini.

MEGA: Apakah asas kepada pengharusan menderma organ oleh Islam?

SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Pada asasnya, memang tidak ada nas yang jelas tentang menderma organ di dalam al-Quran dan sunnah Nabi SAW. Bagaimanapun, hal ini diperhalusi oleh para ulama khususnya ahli fikah berdasarkan ijtihad dan juga qias.
Dalam Islam, kita dituntut untuk menjaga maqasid syariah (matlamat syariah) iaitu agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Apabila berlaku darurat atau sesuatu itu boleh mengancam nyawa, maka ketika itu kita diharuskan membuat pemindahan organ.
Prinsip-prinsip syariah yang digunakan untuk mengeluarkan fatwa mengenai kaedah pemindahan organ ini termasuklah keperluan mengatasi larangan, memilih jalan yang paling kurang mudarat dan mudarat perlu dirawat dengan berikhtiar.
Pada 23 Jun 1970, Majlis Fatwa Kebangsaan menggariskan empat syarat yang mesti diambil kira dalam menfatwakan hukum menderma organ sebagai harus:
* Pemindahan organ dibenarkan jika ia merupakan jalan terakhir untuk menyelamatkan nyawa seseorang yg mengalami kegagalan organ.
* Penderma organ mesti disahkan telah mati.
* Mendapat kebenaran dari keluarga penderma.
* Tidak melibatkan urusan jual beli. Dalam kata lain, organ tubuh bukan barang dagangan tetapi mesti dianggap sebagai derma.
Ulama kontemporari termasuk Dr. Yusuf Qaradawi sepakat menderma organ atau sel stem adalah harus dengan syarat-syarat berikut:
* Tidak ada unsur perdagangan.
* Terbukti ia boleh memanfaatkan atau meningkatkan kualiti hidup.
* Tidak mendatangkan mudarat kepada penderma.
* Dilakukan untuk kepentingan umum.
* Dilakukan dengan kebenaran penderma.
* Dilakukan dengan ikhlas tidak ada unsur paksaan.
Ada juga yang bimbang bolehkah kita derma organ kepada yang bukan Islam?
SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Ini tidak sepatutnya menjadi isu di Malaysia. Sebabnya, orang bukan Islam di sini dikategori sebagai kafir zimmi yang memberi taat setia kepada negara. Oleh sebab itu, kita wajib membantu mereka semasa mereka susah.
Bagaimanapun, menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi, tidak dibenarkan menderma organ kepada tentera bukan Muslim yang memerangi Muslim dan juga orang yang menganjurkan perang ke atas Islam.
Begitu juga tidak dibenarkan menderma kepada seorang yang Murtad kerana dia tiada apa melainkan seorang pengkhianat kepada agama dan orang-orangnya.
Namun, jika terdapat Muslim dan bukan Islam yang kedua-duanya memerlukan derma organ atau darah, Muslim tersebut mestilah diberi keutamaan.
Ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain... (at-Taubah: 71)
Ada juga yang bimbang pemindahan organ itu akan menyeksa mayat. Benarkah?
SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dakwaan itu barangkali bersandarkan kepada kisah seorang penggali kubur yang tanpa sebab munasabah mematahkan tulang-tulang mayat. Lalu perbuatan itu ditegur oleh baginda SAW.
Telah bercerita kepada kami Syuja’ bin Al-Walid, daripada Sa’d bin Said saudara Yahya bin Said, daripada ‘Amrah, daripada Aisyah, dia berkata: “Saya telah mendengar Rasulullah berkata: Sesungguhnya mematahkan seorang mukmin dalam keadaan mati seumpama mematahkan tulangnya dalam keadaan hidup”. (riwayat Ahmad)
Tetapi itu jika dilakukan tanpa sebab yang munasabah. Sebaliknya, dalam derma organ kita mengambilnya daripada orang mati dengan niat menyelamatkan nyawa orang lain. Jika tidak buat demikian, pesakit tadi akan mati.
Apabila darurat maka ia diharuskan sebagaimana firman Allah yang bermaksud: ...maka sesiapa yang terpaksa (makan babi dan binatang yang tidak disembelih) kerana darurat sedangkan dia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas, maka tidaklah dia berdosa...(al-Baqarah: 173)
Malah Dr. Yusuf Qaradawi juga berkata, daripada membazir dibiarkan mayat itu dimakan ulat dalam tanah adalah lebih baik ia dimanfaatkan untuk menyelamat nyawa.
Ada juga yang bimbang, jika anggota badan yang didermakan itu membuat dosa mereka juga akan memikulnya sama. Betulkah?
SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Dalam Islam, apabila seseorang itu mencapai umur baligh dan sempurna akal maka hukum taklif dikenakan ke atas mereka. Bermakna segala dosa dan pahala ditanggung sendiri.
Ia tidak akan berpindah kepada orang lain. Ini dijelaskan menerusi firman Allah yang bermaksud: ...Dan tiadalah kejahatan yang diusahakan oleh setiap orang melainkan orang itu sahajalah yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain...(al-An’am: 164)
Sebaliknya, Dr. Yusuf Qaradawi berkata, mereka yang menderma organ akan mendapat pahala yang berkekalan. Ini beliau qiaskan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila seseorang itu mati terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah atau ilmu yang boleh dimanfaatkan dengannya atau anak yang soleh berdoa untuknya”. (riwayat Tarmizi)
Kata beliau, sedekah jariah di sini adalah pendermaan organ itu tadi.
Bagaimanapun, pengalaman saya sepanjang terlibat dalam bidang ini sejak 1998 mendapati, bukan hukum yang menjadi masalah.
Sebaliknya, sebahagian besar kita masih takut, salah faham dan kurang maklumat untuk mendaftar sebagai menderma organ.
Ada juga yang berkata anggota badan kita adalah amanah Allah dan perlu dijaga sehingga kita mati. Justeru itu, tidak boleh menderma organ?
SHAIKH MOHD. SAIFUDDEEN: Jika kita percaya kepada kebangkitan di hari akhirat, hal ini tidak perlu dibimbangkan. Apabila kiamat, semua makhluk akan hancur.
Apabila dibangkitkan, keadaan tubuh kita adalah bergantung kepada amalan. Jika baik, maka sempurnalah ia.
Diceritakan akan dibangkitkan dengan gigi panjang seperti tanduk lembu dan bibir mulutnya labuh hingga ke dada. Ini kerana dosa orang yang suka minum arak. Mati tidak bertaubat.
Dibangkitkan dengan muka berseri seperti bulan purnama kemudian melintasi titian Siratalmustaqim pantas seperti kilat.
Ini adalah balasan kepada orang yang beramal soleh, tidak melakukan maksiat dan tidak melalaikan sembahyang. Mati dengan bertaubat.
Apa yang perlu ialah galakan dan kesedaran untuk menderma. Ini memerlukan role-model terutama di kalangan para ulama.
Di Johor suatu masa dulu, bilangan yang mendaftar sebagai penderma organ adalah paling tinggi di kalangan umat Islam. Antara sebabnya adalah mufti ketika itu iaitu Datuk Nooh Gadut turun padang membincangkan tajuk tersebut.
Pendek kata, mufti sendiri menjadi pengikrar. INi termasuk bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md. Hashim Yahya.
Bagaimanapun, sudah nampak kesedaran di kalangan generasi muda apabila di institusi pengajian tinggi sudah ada perbincangan tentang pendermaan organ.
Masalahnya pada orang kita, mereka tidak akan berfikir tentang bab ini jika ahli keluarga mereka tidak terlibat. Sedangkan menderma organ adalah perbuatan yang amat terpuji.
Kita juga sebenarnya masih terkebelakang berbanding umat Islam di Arab Saudi, Bangladesh, Iran dan Turki yang sudah menerima konsep menderma organ ini sejak tahun 1980-an lagi.
Marilah kita berusaha menjadi golongan yang memberi dengan mengambil semangat daripada sabda Nabi SAW yang bermaksud: Tangan yang di atas (tangan yang memberi) lebih baik dari tangan yang di bawah (tangan yang menerima atau meminta)...(riwayat Bukhari)

PROSES DIDALAM PENDERMAAN ORGAN.

Anugerah Kehidupan Yang Tidak Ternilai
Isu mengenai kematian serta pendermaan organ adalah sesuatu yang sukar untuk diperkatakan. Apatah lagi untuk mereka yang kehilangan orang yang tersayang.Ia juga merupakan perkara yang rumit bagi kakitangan perubatan yang sentiasa berusaha untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit. Keputusan untuk mengizinkan penderma organ dan tisu seseorang yang disayangi apabila beliau meninggal dunia, bukan sesuatu yang mudah. Ia membangkitkan beberapa kemusykilan bagi keluarga simati. Untuk meringankan beban mental keluarga kita semasa kematian, haruslah kita membuat pengakuan persetujuan untuk menderma organ dan tisu semasa hayat kita.
Dengan mendaftarkan diri kepada Daftar Penderma Organ Nasional, anda akan membenarkan organdantisu anda digunakan bagi tujuan transplan, selepas anda meninggal dunia. Ini akan mengubahkan kehidupan beberapa orang yang mengalami kegagalan organ supaya menjadi lebih selesa dan sempurna serta dapat menyelamatkan nyawa mereka dari maut.
Kita sedar bahawa isu pendermaan organ dan tisu adalah suatu isu yang menimbulkan banyak persoalan. Oleh itu, berikut adalah penjelasan kepada beberapa persoalan yang sentiasa ditimbulkan.
Siapakah Yang Layak Menjadi Penderma ?
Sesiapapun,sama ada tua ataupun muda boleh mendaftar segagai penderma organ dan tisu. Walaubagaimanapun mereka yang berusia kurang daripada 18 tahun perlu mendapat kebenaran ibubapa atau penjaga terlebih dahulu.
Apakah Itu Pendermaan Organ?
Ia adalah proses mendermakan bahagian tubuh badan seseorang untuk transplan selepas ianya meninggal dunia.
Transplantasi (Permindahan Organ) adalah suatu pembedahan yang melibatkan pertukaran organ atau tisu yang mengalami kegagalan fungsinya dengan organ atau tisu yang berfungsi dengan lebih memuaskan daripada seseorang penderma yang telah meninggal dunia. Dengan cara ini, maka kehidupan penerima organ atau tisu itu akan menjadi lebih selesa dan sempurna serta nyawanya akan terselamat. Pendermaan organ dan tisu adalah satu amalan kemanusian yang mulia.
Apakah Organ dan Tisu Yang Boleh Didermakan?
Pada umumnya organ-organ yang boleh didermakan adalah buah pinggan, jantung, hati(heper), paru-paru dan pankreas. Tisu-tisu yang boleh didermakan adalah mata, tulang, kulit dan injap jantung. Ini bermakna, seseorang penderma akan dapat mengubah kehidupan serta menyelamatkan beberapa orang pesakit.
Bilakah Organ dan Tisu Sipenderma itu Diperolehi?
Proses perolehan organ dan tisu daripada tubuh seseorang penderma itu hanya akan dilakukan apabila kematian telah disahkan oleh dua orang doktor dengan pengesahan kematian seseorang penderma itu adalah bebas dan tiada kaitan dengan pemindahan organ dan tisu.
Apakah Perbezaan Rawatan Jika Diketahui Anda adalah seseorang Penderma?
Tidak! Doktor -Doktor yang merawat anda akan berusaha sedaya mungkin dengan mengambil semua tindakan serta langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan nyawa anda. Persoalan mengenai pendermaan organ dan tisu akan dibincangkan dengan waris anda hanya selapas kematian telah disahkan
Adakah terdapat Bantahan Dari Sudut Agama?
Tiada! Kebayakan agama di seluruh dunia seperti Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan Sikh mengiktiraf pendermaan organ dan tisu sebagai satu amalan yang mulia
Bagaimana Organ Pendermaan itu dipindahkan?
Proses pemindahan organ dan tisu membabitkan suatu pembedahan yang bersih dan sucihama. Pembedahan ini dijalankan di dewan bedah hospital oleh pakar bedah yang berpengalaman. Perolehan organ serta tisu seseorang penderma ini tidak akan menjelaskan rupa dan bentuk tubuh badannya. Selepas organ dan tisu diperolehi luka pembedahan itu akan dijahitkan dengan sempurna dan jenazah sipenderma ini tidak akan mengalami apa-apa kecacatan fizikal. Segala prosew pembedahan pemindahan ini dijalankan dengan rasa penuh hormat dan tertib sepertimana pembedahan-pembedahan biasa
Bagaimana Jika Anda Berubah Fikiran Menderma?
Pendermaan organ adalah suatu niat yang tulus ikhlas dan anda berhak untuk membatalkan hasrat ini pada bila-bila masa. Tiada sesiapapun yang dipaksa untuk menderma organ dan menukar fikiran untuk tidak menderma organ dan tisu. Anda hanya perlu memberitahu keluarga anda mengenainya dan memulangkan kad penderma organ anda kepada kami.
Adakah proses pendermaan Organ akan
melambatkan urusan pengkebumian Jenazah?
Tidak! Urusan pengkebumian boleh dijalankan seperti biasa. Selepas organ dan tisu diperolehi dari tubuh penderma maka jenazah akan dibersihkan, dikhafankan dan dipulangkan kapada waris penderma secapat mungkin. Proses perolehan organ dan tisu tidak akan menjejaskan adat pengkebumian seperti upacara penghormatan kepada jenazah.
Bagaimanakah Anda Berhajat Untuk Manjadi Seorang Penderma Organ?
Anda perlu mengisi borang akaun penderma dan kad penderma. Borang yang telah dilengkapkan perlu dihantar kepada Pusat Sumber Transplan Nasional, sementara kad penderma anda hendaklah disimpan dalam dompet dan dibawa bersama anda pada setiap masa.
Anda Dinasihatkan untuk memaklumkan hasrat anda untuk menjadi seorang penderma organ dan tisu Kepada Keluarga Anda?
Ini akan memudahkan serta melicinkan proses mendapatkan keizinan perolehan organ dan tisu selepas kematian anda kelak.
Mati Otak dan Pendermaan Organ
Pemindahan organ hanya akan dilakukan setelah pesakit disahkan mati otak. Bagi melaksanakan pemindahan ini anggota perubatan perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada ahli keluarga terdekat penderma. Pembedahan pemindahan organ hanya akan dilakukan setalah mendapat kebenaran ahli keluarga pesekit yang mengalami mati otak tersebut.
Apakah yang dikatakan MATI OTAK?
Mati otak ialah keadaan tiada pengedaran darah dan oksigen ke otak yang menyababkan keseluruhan otak (termasuk batang otak iaitu penghidupan seperti pernafasan dan denyutan janting) tidak lagi berfungsi. Kehilangan fungsi otak ini tidak boleh dipulihkan.