Monday 4 April 2011

Mengapa Saya Ke Sekolah?? Khas untuk pelajar2 ku !

Bismillah
“Mengapa ya saya ke sekolah?”
“Kenapa kau pergi sekolah? Kan lebih baik kau ponteng, boleh pergi bersantai di kedai permainan video?”
Dua soalan yang biasa namun masih perlu kita jawab. Bukan jawapan kepada penyoal itu yang penting. Namun jawapan itu penting untuk diri kita yang menjawab.
Eh, kenapa pula? Sebab kita yang menjawab lah yang akan menentukan siapa kita untuk hari ini dan seterusnya.
Ada orang atau guru sering bertanya, ‘Apa cita-cita awak 10 tahun akan datang?’ Soalan yang ditanya ketika berumur 13 tahun. Umur bergelumang dunia bekerja adalah sekitar 23.
Ramai yang boleh menjawab dengan senang hati. Polis, tentera, cikgu, jurutera, doktor, arkitek dan seterusnya.
Jom pergi ke soalan mudah seterusnya, ‘Mengapa awak ke sekolah pada semalam dan hari berikutnya? Adakah sebab awak diminta ibu dan ayah? Atau sebab mahu pergi ke sekolah sebab mahu ikut orang lain yang ke sekolah? Atau sahaja mahu suka dan bergelak ketawa bersama kawan-kawan?”
Untuk belajar lah, apalagi, takkan nak duduk rumah je menghabiskan beras dan lauk! Jawapan yang escapism. Kurang berfikir.
Guru bertanya kembali, ‘Sebab apa awak mahu bercita-cita menjadi seorang anggota polis? Awak pula doktor? Awak pula jurutera? Dan awak semua dengan cita-cita awak masing-masing?’ macam marah bunyi soalan guru tersebut, tapi soalannya makin kritikal.
Semua pelajar tadi terpinga-pinga. Diam seribu bahasa, tiada kata.
“Sebab saya mahu belajar sesuatu agar jadi orang berguna.” seorang pelajar cuba bangun menjawab dan memecah kesunyian.
“Untuk apa awak belajar? Dari umur 6 tahun hingga  17. Itu semua mengambil masa 12 tahun dari tadika hingga ke Tingkatan 5.”
“Tolong orang lain cikgu! Saya nak jadi polis supaya masyarakat saya tenteram dari sebarang jenayah.”
“Baiklah, sekarang ini, boleh jawab tak, siapa yang akan bantu awak untuk berjaya mencapai cita-cita awak semua tadi?”
“Cikgulah, siapa lagi?”
“Yakah begitu?”
“Satu orang pelajar sejak dia mula ke tadika hingga tamat ke tingkatan 5, sudah berapa ramai guru yang mendidik dia? Ramai tentunya! Namun antara pelajar ada juga yang memilih jalan jenayah, jalan susah menjadi perompak dan perogol serta penzina. Adakah cikgu yang ramai tadi yang membantu?”
Sekali lagi, semua diam. Sedang berfikir barangkali untuk jawapan seterusnya.
Namun terus diam, puas mencari jawapan.
“Baiklah, untuk akhir kelas pada hari ini, saya berpesan bahawa yang akan membantu diri awak dalam kebanyakan masa hidup awak bermula hari pertama persekolahan ini, adalah DIRI AWAK SENDIRI. Untuk membantu orang lain di masa kelak, awak terlebih dahulu wajib membantu diri sendiri agar sentiasa belajar bersungguh-sungguh. Sentiasa. Wassalam.”

No comments:

Post a Comment