Friday, 8 November 2013

Resepi Pai Ayam dan Pai epal

Saya mencuba resepi Pai Ayam dan Pai epal pada 2010.. ketika masih menuntut di Universiti Selangor. senang untuk di masak just pastry dia agak sukar.. kena pandai agak dan masa membakar pastry agak lama...

PAI AYAM

Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )

  • DOH PIE :
  • 150gram butter
  • 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus
  • INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
  • (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
  • 1 biji bawang besar (cincang)
  • BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu besar sos tiram
  • (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)

Cara-cara

  1. CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
  2. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  3. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
  4. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
  5. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
  6. Img_0531
    Sejukkan inti pie.
  7. Img_0532
    CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
  8. Img_0533
    Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
  9. Img_0534
    Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
  10. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
  11. Img_0535
    Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
  12. Img_0536
    Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
  13. Img_0537
    Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
  14. Img_0539
    Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera.

PAI EPAL

Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )

  • 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
  • 200 g gula pasir
  • 50 g kismis
  • 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
  • UNTUK DOH PIE :-
  • 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
  • 200 g mentega
  • 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
  • 250 g gula halus

Cara-cara

  1. Cake_and_muffin_004
    Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
  2. Cake_and_muffin_005
    Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2 serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan. Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan sejukkan 30 minit.
  3. Cake_and_muffin
    Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar. Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
  4. Cake_and_muffin_007
    Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh. Tuangkan inti yang telah sejuk.
  5. Cake_and_muffin_009
    Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 30 minit.
  6. Cake_and_muffin_008
    Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar. Selamat mencuba...............