Saya mencuba resepi Pai Ayam dan Pai epal pada 2010.. ketika masih menuntut di Universiti Selangor. senang untuk di masak just pastry dia agak sukar.. kena pandai agak dan masa membakar pastry agak lama...
PAI AYAM
Bahan-bahan ( 8 biji pie kecil )
- DOH PIE :
- 150gram butter
- 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
- 1 biji kuning telur (dipukul)
- secubit garam halus
- 1 sudu teh gula halus
- INTI PIE:
- 1 biji kentang (potong dadu)
- (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
- (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
- ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
- 1 biji bawang besar (cincang)
- BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
- 2 sudu minyak masak
- (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
- (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
- (#) 1 sudu besar sos tiram
- (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
- 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)
Cara-cara
-
CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
-
Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
-
panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian
masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
-
masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
-
Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
-
Sejukkan inti pie.
-
CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus
hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
-
Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
-
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
-
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan
perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2
hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi
doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie
dgn kepingan doh.
-
Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya
bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan
larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh
jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
-
Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar
dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan
selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
-
Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak
gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
-
Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera.
PAI EPAL
Bahan-bahan ( 10 orang ke atas )
- 6 biji epal hijau, dikupas kulit, potong 12 setiap 1 biji epal
- 200 g gula pasir
- 50 g kismis
- 20 g tepung jagung, bancuh dgn sedikit air
- UNTUK DOH PIE :-
- 500 g tepung halus (tepung gandum pun boleh......)
- 200 g mentega
- 2 biji telur Gred A, dikacau sedikit
- 250 g gula halus
Cara-cara
-
Dalam periuk masak gula pasir hingga cair dan
keperangan. Masukkan epal dan kismis. Gaul rata. Masukkan bancuhan
tepung jagung dan masak hingga pekat. Sejukkan.
-
Untuk doh pula, ayak tepung dan gaulkan dengan gula
halus hingga rata. Masukkan mentega dan gaul hingga menjadi seakan2
serbuk roti. Tuang telur yg telah dikacau tadi sedikit demi sedikit
sambil digaul hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk adunan.
Jangan bimbang jika telur tidah habis digunakan. Bungkus dgn plastik dan
sejukkan 30 minit.
-
Selepas 30 minit keluarkan doh dan biarkan sebentar.
Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm
tebal. Doh mesti dicanai lebih besar dari mangkuk pie.
-
Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan dgn
cermat terbalikkan doh ke dalam mangkuk pie. Ratakan perlahan2 hingga
menutupi kesemua bahagian dalam mangkuk itu. Potong lebihan doh.
Tuangkan inti yang telah sejuk.
-
Tutup permukaan pie dgn lebihan doh, buat cara sama
seperti cara no.4. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara
bersilang utk menghasilkan corak. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan
pada suhu 175C selama 30 minit.
-
Sejukkan pie sebelum dipotong. Selok2nya gunakan tin
khas untuk membuat pie atau quiche yg dasarnya boleh ditanggal keluar.
Selamat mencuba...............
Mesti cuba ni. Macam sedap je.
ReplyDeleteMaksimumkan Peluang Anda Untuk Hamil
selamat mencuba :) saya dah cuba beberapa kali cuma memula tu biaslah x berapa jadi.. tepung jangan tebal sangat sebab kalau tak dia tak masak kaat dalam..
ReplyDeletekata pandai wt...tp ciplak resepi beserta gmbr bulat2..ciplak!!!!!usaha ckitlah!!!nk wt keje mudah je!!!!!
ReplyDeletehttp://www.myresipi.com/top/detail/643
ReplyDelete