Saturday 25 January 2014

ANAK MILLENIUM SEMAKIN MENJADI SAMPAH ATAU MAJU?

Tajuk je dah cukup pedas kan sealiran dengan kemajuan di mana apa sahaja tiada batasan.. semua orang boleh berbicara dan bercakap apa sahaja.. mencarut lah apa sahaja hingga tiada batasan dan malu... adakah kita manusia atau binatang??? Kita bangga dapat mencarut "BABI" !! "SIAL!! dapat cakap benda-benda kemaluan bagai... di mana sifat malu dan sifat sopan santun manusia? Pergaduhan berlaku sana sini... Pembunuhan dan macam sembelih ayam di pasar.... Bangkai dan mayat di campak.... Silap siapa? Kita pernah belajar di sekolah "Kerana pulut, santan binasa, kerana mulut badan binasa" jadi kata pepatah itu memang betulkan? Silap cakap, berlaku pergaduhan, dah tak sabar terus lah marah bertumbuk kemudian berparang nak tunjuk sapa gangster sapa hebat... OMG !!~~, Nyawa manusia semurah tu ke? Ingatkan semakin maju dunia ni dengan teknologi manusia semakin bijak tapi rupanya makin hilang kemanusiaan....


SALAH SIAPAKAH? GURU TAK MENGAJAR DI SEKOLAH? MAK BAPA YANG TAK DIDIK? KAWAN YANG MENGHASUT? Bila dah berlaku semua sibuk tuding jari pada semua orang.... CUBA TANYA DIRI? kita yang biarkan... zaman sekarang kena belajar ambil tahu.. biarlah orang kata kita sibuk ke apa... sekarang ni penjenayah di mana2... Kita tak sangka-sangka tapi sampai bom pun dah boleh di buat di Malaysia.. ini sudah BERBAHAYA !! come on guys... takkan harap Polis je buat kerja... apa saja yang mengcurigakan... bertindaklah ~!! Atleast there are someone we can help....  =) Mungkin juga kita boleh salahkan orang buat filem ganas yang ala-ala gangster.. menggalakkan bahasa kesat dan kelakuan kasar.. Ingat !! Bunuh orang tak settlekan apa.. we can slow talk... help each other.... kalau nak harap doktor kaunseling pun tak boleh.. we need to care...  

No comments:

Post a Comment