Friday 10 January 2014

Tips dalam peperiksaan tak kira sekolah atau apa saja ujian


Dalam kehidupan ini, fitrah manusia itu bertuhan dan meletakkan harapan pada sesuatu... tidak kira siapapun kita... pelajar, pekerja, ibu bapa, kaya miskin, hebat tak hebat, kita hanyalah makhluk Tuhan yang menumpang di muka bumi ini sementara sebelum tiba ke destinasi sebenar kita iaitu "hereafter" ..... jadi matlamat dan niat itu penting... Bismillahirrahmannirrahim... semoga tips ini membantu kerana saya juga pernah mengalami dan masih mengalami situasi menghadapi peperiksaan..

TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Kosongkan hati, tenangkan jiwa dan tetapkan matlamat...

Cara-cara  :
berpuasa, mengurangkan lagha iaitu gelak dan ketawa berlebihan, baca Al-Quran, jangan bersedih, kawal nafsu, tidak melihat maksiat atau siaran televisyen yang sia-sia... jangan marah-marah.... maafkan kesalahan manusia lain... Berserah pada Allah segala urusan dalam kita berusaha.. agar tak kecewa.. kerana walau pun kita belajar bersungguh-sungguh tapi masih tak lulus percayalah pasti ada hikmah NYA kerana didalam setiap kegagalan akan ada kejayaan menanti...

NIAT kerana apa kita jawab peperiksaan? kalau kerana nak markah tinggi maka itu akan dapat tapi apakah kesudahannya? sesudah kita hafal dan luah pada beberapa helai kertas itu adakah kita puas dan masih ingat apa kita belajar? Apakah kita merasa puas dengan kejayaan yang sementara? Pepatah yang saya sangat suka dan selalu dengar "Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah".. adakah kita robot atau HAMBA exam? Ikhlaskan hati kerana Allah kita mencari ilmu.. mencari dan belajar ilmu untuk cari keredhaan Allah.... dan membahagiakan kedua ibu bapa kita... apabila ada ilmu sharelah pada kawan-kawan dan sesiapa agar ilmu itu tersebar.. ilmu manfaat itu akan di kira apabila kita sudah tiada didunia ini.... biarlah ia jadi pahala yang berterusan... INSYA'ALLAH.... apa yang kita niatkan maka itu kita akan dapat.... dalam hadis "Innamal akmalu binniyat.... "... (hadis 40) .... sesungguhnya niat adalah kunci dalam ibadah jua....

KONGSI PENGALAMAN :
Saya seorang yang malas belajar... saya benci belajar tapi saya suka belajar sesuatu.. agak pelikkan? Saya jarang datang kelas kerana saya suka tidur di siang hari.. malam saya berjaga.... saya duduk dalam kelas.. saya akan ambil tempat paling depan... saya akan kuarkan kertas atau nota.. saya akan salin apa saja guru cakap di depan.. sama ada fakta, auta dan apa saja dia cerita pasal diri dia saya tulis... takde apa yang tertinggal... saya akan cuba igt apa dia pakai dan ingat wajah dia... saya akan fokus apa yang di dalam kelas... saya datang kelas bila saya betul nak datang... bila orang tanya nape tak datang..?? saya dengan selamba akan jawab saya tidur,malas atau apa saja tanpa saya tipu... saya akan beritahu sehingga seorang ustaz pernah cakap di hadapan kelas... "dia ni org plg jujur"... dan dia akan jadi "pemegang tombak wanita"... semoga apa ustaz tu cakap makbul ... saya pun mengalami kehidupan nakal macam orang lain... tapi ketika waktu exam saya akan buat sesuatu undang2 utk diri saya..
1. tak boleh dengar lagu.
2. tak boleh tengok tv.
3. tak boleh makan makanan segera.
4. jangan makan banyak sangat.
5. jaga mulut, jaga mata dan semua anggota badan...
6. kongsi apa yang tahu dengan orang lain... bercerita pada orang.
7. setiap kali malam sebelum exam telefon mak ayah minta maaf dan minta mereka doakan, beberapa minit sebelum exam call lagi dan minta maaf dan minta restu lagi...
8. jujur dalam peperiksaaan.. jangan sesekali meniru walau tak tahu...

RESTU DAN DOA DARI IBU BAPA SERTA GURU ITU PENTING

keredhaan ibu bapa kita adalah terpenting kerana doa ibu ayah itu makbul... mereka telah membesarkan kita dan guru pula telah memberikan kita ilmu... keredhaan guru juga penting jadi minta maaflah pada mereka.. jangan mengumpat atau memfitnah mereka... hormat pada mereka selagi mana tidak melanggar syariat (*skandal mandle antara guru murid tu tak eloklah)....

PS : banyak lagi tips... bagi yang muslim boleh amalkan surah Lukman :) dan makan kismis dan minum madu bagi kekuatan... walnut untuk tajamkan minda... BITTAUFIQ WANNAJAH !!



No comments:

Post a Comment